fbpx

Piala FA: Guardiola selar jadual perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA muncul wira City selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Chelsea di separuh akhir Piala FA awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyelar jadual perlawanan melibatkan pasukannya yang dianggap sebagai tidak boleh diterima ketika pasukan itu berjaya mengesahkan slot pentas final Piala FA apabila menundukkan Chelsea 1-0 awal pagi semalam.

Saingan separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley itu berlangsung selepas tiga hari City tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan gagal mempertahankan kejuaraan apabila tunduk kepada Real Madrid.

Guardiola nyata berang dengan keputusan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England serta pihak penyiaran apabila mengarahkan City beraksi pada perlawanan pertama berbanding memberikan mereka lebih masa untuk tempoh rehat.

Biarpun berdepan masalah kepenatan yang jelas kelihatan, City bernasib baik untuk memenangi perlawanan itu hasil jaringan tunggal Bernardo Silva pada minit ke-84 sekali gus memulihkan imejnya yang gagal menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti bertemu Real.

“Saya sangat gembira untuk beraksi pada separuh akhir Piala FA. Saya juga teruja apabila kami dapat beraki di suku akhir UCL, tetapi ia tidak boleh diterima apabila kami terpaksa bermain pada hari ini (awal pagi semalam).

“Ia sangat menyukarkan terutama mengenai kesihatan pemain. Ramai orang tidak faham mengenai ‘kesakitan’ apabila kami tersingkir di UCL dan kemudiannya perlu bermain untuk aksi kali ini dalam tempoh yang singkat.

“Kenapa kami tidak diberikan tempoh rehat yang lebih? Chelsea, Manchester United dan Coventry City tidak beraksi di UCL. Adakah kerana perjanjian penyiaran? Saya tidak meminta apa-apa keistimewaan, ia sangat tidak baik untuk kesihatan pemain, mereka tidak peduli, tetapi pada saya ia sangat penting,” katanya.

Perlawanan itu menyaksikan City tidak dapat menurunkan penggempur utama, Erling Haaland yang mengalami kecederaan ketika bertemu Real, manakala Jack Grealish terpaksa dikeluarkan selain Rodri dan Kyle Walker beraksi pada tahap kecergasan minimum.

City akan kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton awal pagi Jumaat nanti dalam usaha memburu kejuaraan keempat berturut-turut musim ini dan ia menjadi misi penting apabila gagal mempertahankan gelaran trebel dimenangi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI