fbpx

Perkahwinan tidak direstui, baju pengantin disimbah cat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaun pengantin perempuan disimbah cat merah. – Reddit

MEXICO – Seorang ibu di Mexico didakwa mengupah orang untuk menyimbah cat pada gaun pengantin bakal menantunya kerana tidak merestui perkahwinan anaknya dengan wanita itu.

Kejadian berlaku di bandar Ciudad Obregon dalam negeri Sonora, lapor portal berita Wolipop. 

Rakaman video yang dikongsikan menunjukkan pengantin perempuan memakai gaun putih sambil memegang sejambak mawar merah. Dia kemudian berjalan dengan pakaiannya dipenuhi cat merah. 

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian berkata, tiga individu muncul secara tiba-tiba ketika pengantin perempuan berada di luar gereja sebelum majlis perkahwinan bermula.

“Ramai tetamu merakam tindakan pelaku sebagai bukti bahawa terdapat seseorang mengupah ketiga-tiga mereka,” tambah sumber itu.

Keluarga pengantin lelaki dilaporkan telah berulang kali cuba menghalang pasangan itu daripada berkahwin, manakala ibunya dituduh mengupah orang yang tidak dikenali untuk mengotorkan pakaian pengantin perempuan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI