fbpx

Pangkalan tentera Amerika di Syria diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan kumpulan Hayat Tahrir al-Sham melancarkan roket ke arah askar kerajaan Syria di barat laut Aleppo. – AFP

DAMSYIK  – Bedilan roket dari Iraq mengenai sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di bandar Zummar dan  mencetuskan kebimbangan berlakunya kematian, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Penerbit saluran berita Fox News, Liz Friden menerusi satu kenyataan di akaun rasmi X berkata, susulan laporan serangan roket ke atas pangkalan itu, seorang pegawai Washington memberitahu Fox News bahawa lima bedilan roket dilepaskan, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Tiada anggota perkhidmatan AS terbunuh atau cedera dan tiada kerosakan pada pangkalan tersebut, tidak jelas sama ada pangkalan tersebut menjadi sasaran serangan,” katanya. 

Serangan terhadap tentera AS itu adalah yang pertama sejak awal Februari  lalu apabila kumpulan disokong Iran di Iraq menghentikan serangan terhadap pasukan tersebut.

Serangan kali ini berlaku  pada hari yang sama Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani pulang dari lawatan ke AS untuk menemui Presiden Joe Biden di White House.

Sementara itu, dua sumber keselamatan dan seorang pegawai kanan tentera berkata,  pelancar roket dipasang di belakang sebuah trak kecil yang diletakkan di Zummar, sebuah bandar sempadan dengan Syria.

Menurut pegawai tentera, trak itu terbakar disebabkan letupan roket yang tidak ditembak. Pada masa sama, terdapat beberapa pesawat perang berada di ruang udara ketika itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan sekiranya trak itu dibom oleh pesawat perang AS melainkan ia disiasat,” kata seorang pegawai tentera yang enggan namanya didedahkan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI