fbpx

Padah maki anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Shah ALam.

SHAH ALAM – Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun anggota Balai Polis Bukit Jelutong memakan diri apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Farah Rosnan menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, B. Paramver Singh, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintahkan supaya menjalani penjara selama empat bulan. Tertuduh membayar denda tersebut.

Paramver didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan cara enggan memberikan pengenalan diri dan memaki hamun.

Sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu juga dituduh menggunakan perkataan kurang sopan kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pertanyaan Balai Bolis Bukit Jelutong di sini pada pukul 5 petang, 2 September 2020.

Peguam Harvindar Singh mewakili tertuduh merayu hukuman ringan susulan semasa kejadian anaknya guamnya dalam keadaan mabuk selain mengalami tekanan selepas baharu bercerai dengan isterinya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Saidah Fasiah Che Yusuf menegaskan perbuatan tertuduh telah menganggu tugas penjawat awam dengan melakukan provokasi secara memaki hamun kepada polis.

“Benda

itu tidak boleh dipandang ringan dan mohon hukuman yang berat,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI