fbpx

Netizen, selebriti serang Instagram kekasih gelap Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUANGAN komen Instagram wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine kini sesak diserbu komen ratusan netizen termasuk artis tanah air.

PETALING JAYA – Selepas membuat pengakuan berani sebagai kekasih gelap penyanyi dan pelakon kepada Aliff Aziz, Instagram Sarah Yasmine kini menjadi medan persinggahan netizen.

Bukan hanya pemerhati, malah selebriti Malaysia dilihat ‘berkumpul’ atas cubaan mengambil tahu pengakuan wanita asal Singapura yang mendakwa menjalin cinta dengan suami pelakon Bella Astillah sejak Januari 2024.

“Macam mana aku boleh ada di sini. Astaghfirullahalazim, aku tak suka masuk campur hal rumah tangga orang. Tolong baca Suzanna Elai (adik) sebab aku tidak faham kronologi cerita dan bagi kemas kini,” kata Faezah Elai.

“Nakal budak Aliff ini. Biasa dia, yang aku pun ada dekat sini juga,” ujar Azza Elite secara berseloroh.

“Tumpang singgah sini sekejaplah,” tutur pendek Neera Azizi.

Dalam masa sama, pelakon Adeline Tsen turut menitipkan nasihat buat Sarah untuk mencari seseorang yang lebih baik buat dirinya.

“Tolong cari seseorang yang lebih baik untuk diri awak. Jangan hancurkan kehidupan awak,” ujarnya yang prihatin dengan situasi itu.

Semakan terkini Kosmo! Online, hantaran Sarah mengenai hubungannya dengan Aliff pada awal pagi tadi meraih 24,000 komen dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Lebih dramatik, wanita dipercayai ibu tunggal anak dua itu mendakwa masih berstatus kekasih Aliff sewaktu pelakon itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Pendedahan terbuka yang turut disertakan klip video Aliff mengucup pipinya sekali gus menjadi satu lagi bukti kecurangan bapa dua anak itu yang didakwa dalam pengetahuan Bella.

Sebelum ini kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas lelaki itu ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, Mac lalu.

Selepas kerap menjadi mangsa kecurangan sehingg sebanyak 11 kali, Bella akhirnya memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu. Sehingga kini perbicaraan perceraian mereka masih belum selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI