fbpx

Netizen bengang Anna Jobling kawan kekasih gelap Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA dikecam pengikutnya kerana berkawan dengan kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

PETALING JAYA – Hanya kerana dilihat akrab dalam satu foto, nama pelakon Anna Jobling turut terheret dalam kontroversi penyanyi Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine apabila didakwa bersahabat baik dengan wanita terbabit.

Semuanya bermula apabila tular kembali satu hantaran yang dimuat naik Sarah pada Disember tahun lalu mengucapkan penghargaan terhadap Anna, 24, yang sudi menjadi teman rapatnya.

“Terima kasih kerana memberikan saya kebahagiaan sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat paling baik,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Hantaran foto mesra mereka itu turut menerima komen balas daripada pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman menerusi ruangan komen.

“Muah love,” tulis Anna.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen hantaran tersebut mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan kurang senang melihat keakraban Anna dengan Sarah selain menyifatkan wanita itu tidak layak dijadikan kawan.

“Tak payah nak berkawan baik sangatlah Anna, penyondol tetap penyondol. Jangan sampai satu masa teman lelaki kau kena sondol, masa itu baru kau tahu sakitnya dikhianati,” kata netizen itu.

“Lah pulak, aduh, kecewa Anna berkawan dengan penyondol, dah takde orang lain ke nak berkawan,” tulis netizen.

Pun begitu, selepas berterusan dihambur caci maki netizen, hantaran tersebut telah pun dipadam.

Enggan serkap jarang tanpa bukti, Kosmo! Online cuba mendapatkan kepastian daripada Anna namun gagal apabila pelakon jelita itu tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas kiriman mesej.

Perkara sama juga berulang apabila pengurus pelakon Melur Untuk Firdaus itu iaitu Shawn Amer turut mengunci rapat mulut, barangkali bimbang nama artis jagaannya diseret kontroversi murahan.

Hari ini, nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, kembali hangat diperkatakan apabila Sarah mendedahkan dia merupakan kekasih pelakon drama Terjerat itu sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Sarah turut berkongsi foto mesra bersama Aliff selain mendakwa  Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI