fbpx

Malaysia bakal miliki hab reka bentuk IC terbesar di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) melakukan gimik pelancaran Sidang Kemuncak KL20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menubuhkan hab reka bentuk litar bersepadu (IC) terbesar Asia Tenggara di Selangor bagi menyediakan ekosistem industri semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu dilakukan dengan sokongan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Kerajaan Negeri Selangor selain kerjasama syarikat global.

“Selain itu, untuk menjadikan Malaysia pintu masuk ekonomi, kita juga akan menyaksikan jalinan bandar ke bandar antara Kuala Lumpur dan Hangzhou supaya modal, bakat, dan akses pasaran tidak lagi menjadi penghalang kepada kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sempena Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini, hari ini.

Terdahulu, Exco Pelaburan Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, hab reka bentuk IC itu akan turut melatih bakat baharu tempatan dalam bidang berkaitan sekali gus membuka ratusan peluang pekerjaan baharu.

Beliau menjelaskan dalam rangka lawatan kerja enam hari ke wilayah Suzhou, Shenzhen dan Hong Kong baru-baru ini, delegasinya menghadiri 21 mesyuarat dan mengadakan pertemuan serta libat urus dengan 16 syarikat semikonduktor serta 10 agensi berkaitan.

“Selangor akan melangkah ke hadapan untuk membina ekosistem semikonduktor yang lebih lengkap di negara ini dengan menubuhkan hab reka bentuk IC yang menempatkan ratusan jurutera reka bentuk IC,” katanya dalam hantaran di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI