fbpx

Kes tembak KLIA: Kertas siasatan dilengkapkan minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLIA digemparkan dengan kes tembakan di balai ketibaan, apabila mengenai seorang pengawal peribadi pada awal pagi Ahad lalu.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melengkapkan kertas siasatan berhubung kes individu lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) dalam minggu ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hari ini.

Katanya, kertas siasatan yang dilengkapkan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

“Suspek sudah disambung reman lima hari lagi pada pagi tadi (di Kota Bharu, Kelantan).

“Kertas siasatan ini akan dilengkapkan seterusnya dirujuk kepada TPR dalam tempoh reman lima hari ini,” uajrnya ringkas ketika dihubungi.

Pada pagi tadi Kosmo! melaporkan tempoh tahanan reman Hafizul Harawi, 38, disambung lima hari.

Lanjutan reman yang bermula esok sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi memboleh siasatan diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam kejadian pukul 1.20 pagi pada 14 April lalu, Hafizul melepaskan tembakan terhadap isterinya menyebabkan seorang pengawal peribadi yang berada di Balai Ketibaan KLIA 1, mengalami kecederaan parah.

Lelaki berkenaan telah melepaskan dua das tembakan namun salah satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI