BERANG isterinya, Bianca Censori berdepan gangguan seksual, penyanyi rap sensasi, Kanye West membuat laporan polis terhadap seorang individu.
West dikatakan membuat laporan di ibu pejabat polis Los Angeles selepas Censori diganggu secara seksual iaitu diraba di beberapa bahagian badan, termasuk paha dan pinggang.
Lebih membuatkan West berang, individu terbabit turut meletakkan tangan di dalam gaun milik Censori di sebuah hotel di Los Angeles.
West bagaimanapun turut disiasat selepas didakwa melakukan kekasaran menumbuk suspek terbabit sewaktu naik marah.