KEMAMAN – Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di daerah ini yang disyaki menumbuk mata kiri rakan sekerja wanitanya sehingga lembam berjaya ditahan di rumahnya semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 46 tahun ditahan di kauntersnya pada pukul 9 malam.
“Dia telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini dan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin telah membenarkan perintah reman selama tiga hari sehingga Rabu ini terhadap suspek bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Hanyan berkata, punca pergaduhan antara dua guru sebuah sekolah rendah di daerah ini tersebut masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE