fbpx

Giliran Marissa pula bergambar dengan Aslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marissa Dania akhirnya berkongsi gambar dengan suami dalam Instagram miliknya.

SELEPAS empat bulan mendirikan rumah tangga, model yang juga anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania akhirnya memuat naik foto dengan suami tercinta, Ahmad Aslam dalam akaun media sosialnya hari ini.

Foto tersebut memaparkan dia dan Aslam duduk bersebelahan dipercayai diambil ketika hadir ke majlis hari raya keluarga Marissa kelmarin

Tanpa sebarang kapsyen, model tersebut hanya meletakkan emoji bentuk hati berwarna putih selain menutup ruangan komen.

Difahamkan, ini pertama kali Marissa memuat naik fotonya bersama Aslam dalam Instagram selepas dihambat  kontroversi kahwin lari di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Sebelum Marissa, madunya iaitu Misya Mazlan terlebih dahulu berkongsi foto dengan Aslam dan dua anak mereka pada Syawal ketiga lalu.

Selang sehari, Marissa mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video ‘boomerang’ dengan Misya sekali gus memberi gambaran hubungan mereka sebagai madu sangat baik.

Namun perkara itu dinafikan Misya dalam satu kenyataan dan berharap Marissa mahu berbaik dengannya satu hari nanti.

Terdahulu, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI