PETALING JAYA – Selepas lima tahun berturut-turut memegang gelaran ‘Raja Jalanan’ setelah mendominasi kedudukan tempat pertama kereta paling laris di Malaysia sejak 2018 sehingga 2022, Perodua Myvi akhirnya tewas dengan pesaingnya, Perodua Bezza bagi tahun 2023.
Menerusi data yang diterbitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 56,735 unit Perodua Bezza telah didaftarkan pada tahun 2023, sekali gus mengatasi jumlah Perodua Myvi yang hanya merekodkan 45,014 unit.
Selain itu, di tempat ketiga kereta paling laris dibeli oleh penduduk Malaysia tahun lalu adalah Perodua Axia (44,722 unit), diikuti Proton Saga (44,696 unit) dan Perodua Alza (23,390 unit).
Selain itu, Perodua, Proton, Toyota, Honda dan Mitsubishi merupakan lima jenama utama pilihan pengguna di Malaysia bagi tahun 2023. – KOSMO! ONLINE