fbpx

Double Tree Hilton Putrajaya destinasi percutian unik buat keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Double Tree Hilton Putrajaya menjadi pilihan percutian keluarga untuk menggembirakan anak-anak selain memberi ketenangan bagi warga emas bersantai di sana.

PUTRAJAYA – Destinasi percutian keluarga terbaik yang lengkap dengan segala kemudahan bukan sahaja bagi pengunjung dewasa tetapi lebih mesra kepada kanak-kanak, itulah yang boleh digambarkan untuk DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside (Double Tree Hilton Putrajaya).

Lokasinya yang mudah diakses bagi warga di Lembah Klang dengan dihubungkan dengan jalan utama dan juga lebuh raya serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk pelancong luar negara menjadi salah satu faktor ia menjadi pilihan pelancong pada musim perayaan, cuti sekolah dan juga cuti hujung minggu.

Sebaik memandu masuk ke kawasan hotel tersebut, ia secara langsung membawa satu mood percutian yang menerujakan bukan sahaja bagi ibu bapa malah semangat membuak-buak untuk anak-anak mereka bermain air di kolam renang berkonsepkan taman tema air mini di situ.

 

Sementara menunggu proses mendaftar masuk, pengunjung tidak akan berasa bosan kerana mereka boleh menikmati pemandangan indah lagi harmoni dan juga menyejukkan daripada aura tasik Putrajaya selain berlegar di ruang lobi dengan kemudahan sofa empuk  yang disediakan.

Jika lapar dan dahaga, terdapat sudut kios untuk menghirup kopi atau teh bersama makanan ringan di The Koffee sementara menunggu proses mendaftar masuk ke bilik yang ditempah.

Terdapat pelbagai kategori bilik mengikut bajet pengunjung daripada harga serendah RM340 semalam di tawarkan dan kakitangan hotel bersedia membantu pengunjungnya sampai ke bilik masing-masing kerana ia memiliki beberapa blok kediaman.

Terdapat 14 kategori bilik kontemporari berkonsepkan moden dengan menampilkan ciri-ciri kelestarian untuk penjagaan persekitaran alam semula bagi manfaat masa depan

Bermula daripada bilik tetamu Twin Guest Room, ia menawarkan pelbagai pilihan saiz bilik keluarga dan bilik-bilik yang menghadap tasik serta beberapa bilik Suite yang mewah. 

 

Servis khidmat pelanggan dengan berkomunikasi secara langsung dengan kumpulan petugas hotel sebaik sahaja mendaftar masuk menjadi kelebihan buat Double Tree Hilton Putrajaya yang mana pengunjung diberi peluang untuk memaklumkan sebarang kesulitan, permasalahan yang dialami sepanjang percutian masing-masing.

Melalui kemudahan selancar ini, ia akan meningkatkan lagi pengalaman pengunjung selain membuatkan mereka lebih rasa selesa berihat, bersantai dengan cara percutian masing-masing.

Selain kemudahan lengkap yang disediakan seperti surau, bilik mesyuarat, persidangan, gimnasium, mandara spa dan kedai serbaneka, pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis menu makanan yang dimasak segar oleh cef berpengalaman di  The Makan Kitchen dan  The Tasek.

Bagi kanak-kanak, hotel ini menawarkan kelab kanak-kanak, bilik permainan, bilik arked  dan juga Fun Car Street akan membuatkan kanak-kanak begitu sibuk memenuhkan masa di kawasan tersebut.

Buat mereka yang lebih suka mandi manda, mereka yang sentiasa ditemani oleh ibu bapa atau keluarga terdekat untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku akan ‘rambang mata’ sama ada memilih untuk mandi manda di Lakeside Pool atau splash Pool.

Jika diberi peluang, mereka mahu menghabiskan masa sehingga malam hari tetapi peraturan penggunaan kolam renang hanya di sekitar lapan malam sahaja.

Lebih menerujakan lagi, golongan dewasa turut diberi ruang dan peluang untuk memanfaatkan keseronokan mandi manda di Rooftop Pool . -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI