fbpx

DBKL pantau, buru penjaja ala Bombay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan warga asing menjalankan perniagaan berhampiran berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemantauan bagi mengesan kegiatan warga asing yang menjalankan perniagaan ala Bombay berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti perniagaan itu menerusi klip video yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, semakan awal mendapati perniagaan tersebut dijalankan pada petang selepas waktu solat Jumaat oleh warga asing.

“Sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL telah pergi ke lokasi bagi membuat pemantauan dan tindakan susulan dan mendapati penjaja warga asing berkenaan tidak berada di lokasi.

“Berdasarkan maklumat diterima, mereka hanya menjalankan perniagaan pada hari Jumaat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, DBKL berkata, pihaknya akan melaksanakan pemantauan berkala di lokasi berkenaan serta mengambil tindakan susulan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan di lokasi tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial satu klip video memaparkan warga asing menjalankan perniagaan ala Bombay di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan reaksi negatif dari pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI