fbpx

Anggota bomba cedera rusuk padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba yang cedera dalam kebakaran itu dibawa ke ambulans bagi rawatan lanjut.

KLANG – Seorang anggota bomba cedera rusuk kanan ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Pandamaran di sini, awal pagi tadi.

Anggota lelaki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas berusia 28 tahun itu dipercayai terjatuh di satu daripada premis tersebut, kira-kira pukul 2.45 pagi.

Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dilaporkan stabil.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2.16 pagi.

Jelas beliau, sepasukan 54 pegawai dan anggota dari 10 BBP termasuk Andalas, Shah Alam, Cyberjaya dan Bukit Jelutong dikerah dalam operasi tersebut.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan tiga kilang di kawasan perindustrian tersebut

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal daripada merebak ke premis berdekatan lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI