fbpx

Triple Eight JMR lengkapkan podium di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim mewakili Pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) beraksi ketika perlumbaan GT World Challenge Asia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

SEPANG  – Impian pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) untuk melakar kejutan pada aksi perlumbaan pembukaan GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya terlaksana apabila berjaya menamatkan perlumbaan podium tempat ketiga hari ini.

Pasukan tersebut yang diketuai Tunku Abu Bakar bersama rakan gandingan baharu iaitu pemandu remaja dari Australia, Jordan Love tampil dengan aksi cukup baik sewaktu memacu jentera Mercedes AMG GT3 EVO dalam kategori Pro-Am sejurus menamatkan perlumbaan dengan catatan satu jam 55.010saat (s).

Keputusan itu pasti memberi kegembiraan kepada Tunku Abu Bakar selepas mereka bergelut untuk mendapatkan rentak pemanduan terbaik semalam apabila hanya mampu menamatkan aksi saingan di kedudukan 10 terbaik.

Perlumbaan tersebut dimenangi Origine Motorsports selepas pasukan yang dikendalikan oleh Lu Wei bersama gandingannya, Heirich Laurin menamatkan saingan satu jam 13.782s dan tempat kedua menjadi milik pasukan Craft Bamboo Racing, yang diketuai Cao Qi dan Morad Daniel (1:00:27.929s).

“Pada hari ini, kami menunjukan peningkatan yang agak baik berbanding semalam, jadi saya fikir kami berada dalam landasan yang baik pada musim ini,” kata Tunku Abu Bakar.

Selepas perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, JMR akan mengalih tumpuan mereka untuk melakukan persiapan ke Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 10 hingga 12 Mei ini nanti terutama bagi memburu keputusan lebih baik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN