fbpx

‘Sarimah mengamuk pun sedap dengar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKONAN Sarimah Ibrahim dalam Lelaki Itu dipuji ramai.

DRAMA Lelaki Itu memang bikin kecoh satu Malaysia dan jadi topik perbualan hangat pada musim Syawal ketika ini kerana mengetengahkan jalan cerita yang berbeza.

Kehebatan drama karya Erma Fatima itu diperkuat lagi dengan lakonan hebat setiap pelakon, termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim.

Banyak komen pujian yang Diva baca tentang lakonan Sarimah sebagai Qaidah yang kononnya tidak melebih-lebih dalam mengekspresikan emosi.

Komen paling Diva suka semasa babak Qaidah mengamuk dan maki hamun tetapi kedengaran sangat sedap kerana kedengaran pelat ‘British’.

“Sarimah marah pun tak boleh rasa nak benci. Suka pula cara dia mengamuk.

“Comel tengok Sarimah. Kalau dia marah, aku pula rasa nak gelak.

“Dia sebut ‘hoi’ pun sedap dengar,” komen pengguna TikTok.

Ternyata pilihan Erma untuk watak itu satu keputusan tepat.

DIVA: Lakonan Aedy Ashraf dalam Lelaki Itu pun ‘power’, Nadia Brian macam biasalah. Geram!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI