PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 7 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat di Kedah adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Ujarnya, cuaca sama turut dilaporkan di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Selain itu, ribut petir turut diramal di Terengganu (Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang).
“Amaran turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka.
“Cuaca buruk turut dijangka di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.
Dalam pada itu, di Sarawak antara kawasan diramal ribut petir adalah Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
“Kawasan di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) dan Labuan,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE