fbpx

Raja Ilya kena scam, nak saman pemilik apartmen penipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Ilya dan keluarga tersayang.

PETALING JAYA – Berang ditipu, pelakon Raja Ilya memberi masa 24 jam kepada pengurusan sebuah apartmen (rumah inap) untuk mengembalikan semula wangnya sebelum dia mengambil undang-undang.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 39, dia rasa tertipu apabila tempahan yang dibuat untuk sebuah apartmen di Kuala Lumpur itu dibatalkan tanpa sebab munasabah.

Bahkan, pelakon itu telah membuat bayaran penuh untuk tempahan selama tujuh hari.

“Ini Malaysia , jangan ingat kamu gengster buat orang Malaysia macam ini. This is unacceptable, ultimately scammed (ini tidak boleh diterima dan ditipu teruk) dan kurang ajar,” tulis Raja Ilya menerusi Instagam.

Malah, pihak pengurusan apartmen berkenaan seolah-olah lepas tangan apabila tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar  Raja Ilya.

Difahamkan, tempahan yang dibuat menerusi aplikasi Agoda itu dibatalkan atas alasan polisi syarikat.

“Mesej tidak berbalas dan terus batalkan tempahan kita, panggilan juga tidak berjawab. Bila orang Agoda siap call untuk nego sebab kami tunggu lama depan pengawal keselamatan, dia (pihak pengurusan) masih kurang ajar, kata no show no refund (tidak datang, wang tidak akan dikembalikan).

“Saya cakap tidak perlu refund, beri kami masuk sahaja sebab sudah bayar untuk seminggu,” kata Raja Ilya lagi.

Disebabkan pembatalan berkenaan, Raja Ilya terpaksa mencari hotel lain pada pukul 3 pagi.

“Kelam-kabut cari hotel dengan Talita hendak demam pada pukul 3 pagi. Saya hendak ambil tindakan dengan syarikat ini, tipu orang!

“Saya mahukan keadilan dan tidak setuju kamu ambil 100 peratus bayaran sedangkan pihak kamu yang batalkan tempahan,” kongsi Raja Ilya lagi.

Menerusi ruangan komen, ada kalangan pengikutnya turut berkongsi pengalaman ditipu oleh syarikat yang sama.

Sementara itu, rakan artis Mila Jirin mengesa pelakon itu mengambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada syarikat terbabit.

“Jika ada bukti cukup dan telah menyatakan ketibaan lewat semasa daftar masuk terus ke tribunal,” tulis Mila.

Raja Ilya yang menetap di Australia, difahamkan mengambil kesempatan bercuti di Malaysia bersama suami, Trent Garrett dan anaknya Talita Love, 2, selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarganya di Taiping, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI