fbpx

Puteri Balqis anggap Amira ‘drummer’ sahabat sejati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUteri Balqis kini dengan bangganya menamakan gadis yang popular dengan kehandalan bermain dram, Amira sebagai sahabat baiknya.

SEPERTI semua tahu, Puteri Balqis atau Aqish telah melalui banyak dugaan hidup sebelum ini, termasuk dikhianati dan ditipu ahli keluarga terdekatnya.

Terbaharu, Diva lihat dia semakin rapat dengan Amira yang popular dengan bakat sebagai pemain dram.

Malah, Aqish juga meluahkan syukur kerana dikurniakan seorang individu yang boleh digelar sebagai sahabat. Sebenarnya, agak jarang Aqish dedikasikan perkongsian Instagramnya kepada orang lain, selain ibunya.

“Selepas bertahun hidup dalam dunia palsu dan dikhianati, akhirnya saya dapat kenal dengan seseorang yang boleh digelar sahabat.

“Terima kasih sebab tunjukkan saya keikhlasan dalam persahabatan. Saya janji akan lakukan perkara baik yang sama pada awak,” katanya.

Diva pun tumpang gembira kalau Aqish dapat temui kebahagiaannya sendiri dalam hubungan persahabatan.

Iyalah, nak cari kawan yang baik zaman sekarang pun memang payah, ramai suka tikam belakang. Harap tiada isu bergaduh bermasam muka ya.

DIVA: Ramai sudah bersedia untuk ‘berperang’ beli tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza di Genting Highlands.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI