fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN diumum Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin pada sidang akhbar semasa Majlis Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Hulu Selangor hari ini. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Khamis ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon tersebut akan dipilih dan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan esok.

Jelasnya, gabungan itu memiliki banyak calon sesuai dan mengalu-alukan parti komponen untuk mengemukakan senarai masing-masing.

Malah kata Muhyiddin, calon yang dipilih itu nanti juga akan mengambil kira pelbagai faktor bagi menentukan kebolehmenangan gabungan itu pada PRK 11 Mei ini.

“Pada mesyuarat esok, kita akan berbincang calon mana yang paling sesuai atas dasar ‘winnability’. Kita ada banyak calon, tetapi apapun mana-mana parti yang ada cadangan nak kemukakan nama calon (lain) kita terima.

“Kita akan nilai siapa calon yang akan dinamakan dari segi kelayakkan akademik dan penglibatan dalam badan bukan kerajaan.

“Sebaiknya calon yang dikemukakan adalah calon daripada kawasan Hulu Selangor dan tempatan kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya akan membuat beberapa tapisan melibatkan pelbagai agensi sebelum calon tersebut dimuktamadkan.

“Calon yang disenarai pendek untuk PRK Kuala Kubu Baharu perlu melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Insolvensi Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI