fbpx

Lagu raya tak hormat agama? Azira Shafinaz buka mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA tidak menyangka lagu raya, Alamak Raya Lagi! nyanyian DeFam mendapat sambutan hebat peminat dalam dan luar negara.

MENGHAMPIRI pertengahan tahun 2024, perjalanan seni si cantik Azira Shafinaz nampaknya sangat memberangsangkan setakat ini.

Selepas lagu Alamak Raya Lagi! bersama DeFam mencipta fenomena luar biasa, pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 33, itu terus menderas cemerlang menerusi filem terbaharu berjudul Sheriff.

Melakonkan karakter ASP Syazlin dalam karya arahan Syafiq Yusof itu, Azira berkata, tiada apa yang dipanjatkannya selain rasa kesyukuran atas segala limpahan rezeki daripada Ilahi.

Berpeluang berbicara menerusi panggilan telefon baru-baru ini, Pose bertanyakan beberapa perihal termasuk ‘kontroversi’ Alamak Raya Lagi! dan kerjaya lakonannya yang semakin hari, semakin menyinar.

POSE: Rasanya belum terlambat untuk merakamkan ucapan hari raya untuk Azira. Bagaimana sambutan hari raya tahun ini?

AZIRA SHAFINAZ: Alhamdulillah, raya tahun ini seronok. Bukan hanya sebab dapat berkumpul dengan keluarga tersayang tetapi graf perjalanan seni saya mula menampakkan tuah. Bukan nak terlebih teruja tapi, lagu Alamak Raya Lagi! memang luar biasa sambutannya. Saya mewakili DeFam sendiri memang tak sangka.

Azira mencuri tumpuan peminat sinema menerusi karakter ASP Syazlin dalam filem Sheriff yang sedang hangat ditayangkan.

Dalam pada ramai yang suka, ada juga yang mengecam. Ada yang kata, lagu Alamak Raya Lagi! tidak menghormati bulan Syawal, apa komen anda?

Mewakili DeFam, saya rasa lagu Alamak Raya Lagi! adalah satu karya yang sangat relatable dengan semua orang. Raya adalah masa dalam pada kita menyambut kemenangan, tidak dapat dinafikan ini jugalah masa kita berkelam-kabut dari segi persediaan juadah, busana dan sebagainya.

Saya sedar ada yang mengkritik itu dan ini, namun tugas kami sebagai seorang pemuzik adalah memberikan yang terbaik buat para pendengar. Mungkin ramai yang tak berpuas hati dengan pemilihan perkataan ‘alamak’ yang disandingkan dengan nuansa raya (bulan mulia) tapi saya nak cerita sikit.

Tiada niat nak kata tak gembira dengan hari raya tapi saya rasa sebilangan orang salah terjemahan. Lagu ini inspirasi ‘raya terkejut’ 2022. Patutnya dikeluarkan tahun 2023 tapi banyak kekangan tidak dapat dielakkan dari segi pemasaran dan sebagainya.

Kalau ada orang-orang alim agama yang tidak suka dengan lagi Alamak Raya Lagi!, apa nasihat atau komen anda?

Saya cuma boleh cakap, kami (DeFam) tiada niat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Kalau anda rasa lagu ini relatable dengan anda, dengar dan berseronok sahaja. Kalau sebaliknya, tak usah dengar.

Baiklah, bercakap tentang karakter anda dalam Sheriff, ramai yang memuji. Nampaknya 2024 tahun tuah untuk anda, betul?

Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka watak ASP Syazlin mendapat pujian ramai. Apa yang saya boleh katanya, kami bekerja keras untuk Sheriff. 81 hari penggambaran dan apabila dengar orang puji dan angkat karya ini, kami berasa sangat terharu dan puas hati.

Sheriff dapat direalisasikan dengan baik adalah hasil kerjasama atau ‘teamwork’ daripada semua orang termasuk pelakon, penulis skrip, kru produksi dan para pelakon. Saya harap orang ramai enjoy filem ini sebagaimana mana kami enjoy menjalani penggambaran atau membikinnya.

Sedikit tentang perkembangan peribadi (cinta), ada apa-apa yang ingin diuar-uarkan buat masa sekarang?

Sekarang kita cerita hal kerja dahulu (ketawa). Kalau soal cinta nak kahwin, you’ll be the first to know (anda orang pertama yang diberitahu)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI