fbpx

Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mempercayai tawaran pelaburan yang diterima sejak 11 tahun lalu, seorang kontraktor menanggung kerugian RM625,577 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, lelaki berusia 41 tahun itu tertarik dengan petua pelaburan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2013 sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan ‘X-1 GS (Asia) Securities Division’ pada 3 Januari lalu.

“Kumpulan media sosial itu menyalurkan petua saham yang kononnya mampu memberi keuntungan besar kepada pelabur dan mempunyai banyak testimoni.

“Syarikat pelaburan terbabit juga berjanji bakal menanggung 75 peratus kerugian yang berlaku di dalam platform disediakan,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, mangsa kemudiannya mendaftar dalam platform pelaburan itu pada, 6 Februari lalu sebelum membuat pelaburan pertama sebanyak RM625,577 pada enam hari kemudian.

Tambah beliau, kontraktor lelaki berkenaan kemudiannya tiba-tiba dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan pada 6 April lalu.

“Kumpulan tersebut juga tidak aktif selepas itu selain syarikat terbabit gagal juga dihubungi mangsa.

” Dia kemudiannya membuat laporan, polis pada Selasa lalu (16 April),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI