fbpx

Kerajaan tak pernah singgung kuasa Raja Melayu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan di IDCC Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan sentiasa mempertahankan agar tidak pernah menyinggung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu.

Ini termasuk dalam permohonan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapat kebenaran semakan kehakiman kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 berhubung tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak pernah memadamkan rekod dan keputusan atau meringankan sebarang keputusan yang dibuat oleh hakim.

Katanya, pendirian adalah tuntas dengan keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad YDPA dalam mesyuarat lembaga itu.

“Ada teguran termasuk kes afidavit Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) baru-baru ini. Saya juga turut diserang dan tidak tahu apa masalahnya.

“Saya menjawab, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan titah wewenang YDPA. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan peguam negara dan juga maklumat daripada Sultan dan YDPA. Itu sebaiknya.

“Dan sejak Merdeka sehingga sekarang, belum ada tindakan kerajaan menyinggung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu. Itu kita pertahankan. Kalau tidak faham keputusan itu adalah tidak layak menjadi pengupas dan pengulas politik yang terkemukanya. Agendanya hanya nak serang sahaja,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.

Beliau memberitahu, disebalik pelbagai isu yang berlaku ketika ini tidak pernah menyebabkan kerajaan Madani menjadi lemah sekalipun.

“Dalam Kabinet dalam kerajaan, kita tidak hadapi masalah itu. Di luar ada suara yang tidak semestinya mewakili suara kepimpinan.

“Setakat ini, belum ada petanda keretakan kecil sekalipun di antara Pakatan Harapan, UMNO, Barisan Nasional serta Sabah dan Sarawak. Yang ada cuma gerombolan ‘desperados’ yang cuba adu bomba. Saya bagitahu kepada mereka ‘good luck and good bye’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI