fbpx

Kerajaan, Mindef beri perhatian penuh ketegangan Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (berdiri dua dari kiri) ketika hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Kota Tinggi, DUN Sedili dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dataran Maju Johor Tanjung Sedili, Kota Tinggi, malam tadi.

KOTA TINGGI – Kerajaan termasuk Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi perhatian penuh terhadap perkembangan semasa ketegangan yang berlaku di Asia Barat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seperti perdirian dibuat kerajaan yang berharap keadaan berlaku antara negara Iran dan Israel itu dapat dikawal.

Katanya, semua negara yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua negara tersebut juga diminta agar dapat memainkan peranan mengawal konflik itu.

“Saya percaya bahawa kerajaan Malaysia termasuklah kem pertahanan kita memang beri perhatian sangat besar kepada Asia Barat, seperti pendirian dibuat kerajaan. Kita berharap keadaan itu dapat dikawal.

“Ia supaya serang menyerang itu tidak merebak sehingga boleh mencetuskan peperangan lebih besar yang melibatkan kawasan dan banyak negara lain.

“Implikasinya sangat buruk kepada seluruh dunia dan sudah tentulah Malaysia tidak terkecuali. Kalau perang berlaku dan itulah saranan kita supaya tidak berlakunya tindak balas dan sebagainya supaya keadaan yang berlaku itu tidak diteruskan” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian kepada media ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Kota Tinggi, DUN Sedili dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dataran Maju Johor Tanjung Sedili, Kota Tinggi, malam tadi.

Terdahulu, dilaporkan Israel menyerang Iran dengan tiga dron, beberapa hari selepas Iran melancarkan serangan membalas dendam terhadap Israel.

Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada serangan selain daripada tiga dron di kawasan Isfahan yang mana kawasan tersebut dipercayai mempunyai banyak kemudahan fasiliti nuklear Iran.

“Setakat ini kita tidak ada dengar lain daripada itu. Kalau kita tengok di TikTok memang banyak berita macam-macam ada sebenarnya tiada pun dalam berita yang sebenarnya. Kadang-kadang kita boleh terkeliru,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI