fbpx

Keengganan MCA, MIC tidak beri kebaikan – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy.

KUANTAN – Keengganan MCA dan MIC untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sekiranya kerusi itu tidak ditandingi calon Barisan Nasional (BN) tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu sebaliknya menjauhkan mereka dengan masyarakat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail justeru berharap kedua-dua parti berkenaan mempertimbangkan semula keputusan itu agar kemenangan PRK kali ini terus kekal menjadi milik Kerajaan Perpaduan yang menjadi teras kepada kestabilan negara.

“Saya mengambil maklum mengenai keengganan MCA dan MIC untuk turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan sekiranya kerusi DUN itu tidak ditandingi oleh calon daripada BN.

“Saya menghormati keputusan kedua-dua parti tersebut, tetapi sebagai rakan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan, kita juga harus menerima apa jua keputusan untuk meletakkan siapa calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, dalam meraikan politik baharu yang lebih matang terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti-parti komponen BN termasuk UMNO harus menerima perubahan seperti itu.

Jelasnya, ini adalah kerana BN telah bersetuju bersama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Formula kerjasama ini telah memberikan kita peluang lebih baik seperti mana kemenangan yang telah BN capai ketika PRK Pelangai dan juga PRK Tioman,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI