fbpx

Iconic Harmony penanda baharu kediaman ‘mewah mampu milik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi kediaman 'mewah mampu milik', Iconic Harmony yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028 di Alma, Bukit Mertajam.

SEBERANG PERAI – Iconic Harmony, projek kediaman ‘mewah mampu milik’ yang dibangunkan anak syarikat penuh Iconic Worldwide Berhad, iaitu Iconic Maison Sdn. Bhd. mendapat sambutan hebat sempena pelancarannya semalam.

Selain menerima tempahan membabitkan lot kediaman melebihi 70 peratus pada hari pertama, sebanyak 16 lot kedai di bahagian bawah pembangunan bercampur itu habis dijual dalam tempoh lima minit selepas pelancaran dibuat.

Iconic Harmony merupakan projek hartanah inovatif dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM300 juta di kawasan sedang pesat membangun di Alma, Bukit Mertajam.

Selain berdekatan pelbagai pasar raya besar termasuk Aeon Mall dan Lotus, projek yang dibangunkan di persimpangan Jalan Rozhan dan Jalan Alma, di sini itu juga terletak berhampiran pelbagai kemudahan lain termasuk pelbagai kedai makanan dan minuman, bank, pasar basah, sekolah serta Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Menurut Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, Datuk Seri Tan Kean Tet, Iconic Harmony menampilkan sebanyak 751 unit rumah mampu milik bersatus pegangan bebas dalam bangunan setinggi 36 tingkat dan setiap kediaman menawarkan keluasan kira-kira 900 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Orang ramai mengambil peluang mengunjungi Galeri Jualan Iconic Maison di Bukit Mertajam, semalam.

Katanya, dengan harga permulaan sebanyak RM280,000 bagi setiap unit, Iconic Harmony juga dilengkapi lebih 30 jenis kemudahan atau fasiliti termasuk kolam renang infiniti, jakuzi, taman air kanak-kanak, bola keranjang separuh gelanggang, kawasan rekreasi, bilik gim, dewan komuniti dan lain-lain termasuk lot kedai komersial di tingkat bawah.

“Lebih menarik, kami juga menawarkan rumah yang ‘fully-furnished’ (lengkap dengan kemudahan perabot) kepada pembeli dan mereka tidak perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian atau hiasan dalaman.

“Jadi, dengan segala kemudahan ini, saya yakin bahawa Iconic (Harmony) akan menjadi penanda aras baharu pada paras harga ini yang dapat menakrifkan semula maksud sebenar konsep kediaman ‘mewah mampu milik’,” ujar beliau.

Ketika ini, projek Iconic Harmony yang merupakan tambahan terkini kepada portfolio hartanah Iconic Worldwide termasuk Iconic Point, iaitu pembangunan komersial terkenal di Simpang Ampat dekat sini baru sahaja bermula, dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

Pada sesi pelancaran tersebut, Iconic Maison turut menawarkan tiga buah kenderaan bernilai kira-kira setengah juta ringgit sebagai hadiah cabutan untuk pembeli bertuah.

Selain hadiah utama sebuah kereta elektrik (EV) jenis Tesla Model 3, pembeli terpilih juga berpeluang membawa pulang sebuah lagi EV iaitu BYD Atto 3 serta Honda WR-V. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI