fbpx

Hotel emas pertama dunia dibuka untuk penginapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOTEL Dolce Hanoi Golden Lake menampilkan dekorasi berasaskan emas. – BOOKING.COM

HANOI – Hotel Dolce Hanoi Golden Lake yang dibina di Vietnam mendapat gelaran sebagai hotel bersalut emas pertama di dunia, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Hotel mengambil masa selama 11 tahun untuk dibina itu menampilkan rekaan bersalut emas 24 karat bermula dari tab mandi hinggalah kepada hidangan premium.

Hotel tersebut terletak di Tasik Giang Vo di Bandar Raya Hanoi yang sibuk.

Ia merangkumi bangunan berketinggian 25 tingkat dan memiliki kira-kira 400 bilik.

Selain kolam renang emas seluas lebih 18 meter persegi, tetamu juga boleh menikmati pemandangan luar biasa serta makanan bufet yang dihidangkan di atas pinggang mangkuk bersalut emas.

Lebih menakjubkan, makanan premium yang disediakan seperti stik tomahawk turut disaluti emas.

Harga penginapan untuk satu malam di Hotel Dolce Hanoi bermula daripada £250 (RM1,479.51) hingga £800 (RM4,734.44). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI