fbpx

DAP hormat keputusan mahkamah isu tahanan rumah Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING (kiri) berucap semasa hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – DAP akan menghormati keputusan dibuat mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching bagaimanapun berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut kerana perkara tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa institusi kehakiman negara ini.

“Saya tidak mahu komen banyak sebab dalam kes Datuk Seri Najib, pendirian DAP adalah jelas bahawa beliau bersalah. Kita telah berkempen tentang perkara itu selama beberapa tahun dan beliau juga telah dijatuhkan hukuman.

“Jadi berhubung isu ini (tahanan di rumah), kita akan menghormati, kita tidak boleh kata tidak terima kerana semasa beliau dijatuhkan hukuman bersalah, itu juga merupakan keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada 1 April lalu.

Dalam notis permohonan itu, beliau memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat berhubung isu berkenaan dan memaklumkan ia dibawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI