fbpx

Cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang akan berdepan dengan ribut petir diikuti dengan hujan di sesetengah kawasan di Perak.

“Di Sabah pula hujan di beberapa tempat di Tawau dan Sandakan diikuti dengan Sarawak iaitu Kapit, Bintulu dan Miri,” katanya.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia meramalkan ribut petir hampir di seluruh negara iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal cuaca buruk yang sama.

“Ribut petir dan hujan lebat di sebelah petang dijangka turut berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak, kawasan yang berdepan cuaca buruk yang sama adalah Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca di sebelah malam, ribut petir dan hujan diramalkan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Cuaca buruk yang sama turut dijangka di beberapa tempat di Sabah seperti Pedalaman, Pantai Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuaca di sebelah malam di Sarawak pula diramal hujan di beberapa kawasan melibatkan Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI