fbpx

Aduhai Fasha, bebas Covid, bangga tayang ‘legging’ jarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Fasha yang seronok berkongsi momen bersenam dengan berpakaian ketat tidak disenangi khalayak.

SEJAK kebelakangan ini, nama Fasha Sandha akan selalu dalam radar dunia hiburan, ada sahaja kisahnya.

Selepas dikatakan ‘merentan’ kerana dijangkiti Covid-19 sehingga tidak boleh pulang ke Perlis menyambut raya, kini dia dikecam sebab didakwa pakai seluar jarang pula.

Semuanya selepas Fasha muat naik video bersenam memakai sejenis seluar ‘legging’ warna hitam.

Diva pun pada mulanya tidak perasan tetapi ada segelintir netizen yang bangkitkan perkara tersebut dalam ruangan komen.

“Tinggi tahap keyakinan dia, pakai seluar yang nampak seluar dalam pun boleh bangga. Memang kurus kena pakai begini?

“Macam mana dia boleh ada keyakinan muat naik video dengan pakai korset dan seluar jarang begitu?” selar netizen.

Pening juga fikir tapi mungkin Fasha anggap imej tersebut tidak keterlaluan dan dia selesa serta okey sahaja.

Namun, kalau boleh kurangkanlah kongsi perkara mengundang sebegini tapi kalau hati kebal hadap kecaman, teruskan sahaja!

DIVA: Dengarnya sebuah lagi rumah tangga artis popular sedang retak menanti belah. Tunggu masa sahaja hendak naik mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI