fbpx

500 pelatih Sabah bakal dihantar ke China ikuti latihan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan UMNO Berkelompok peringkat negeri Sabah dan jamuan Aidilfitri UMNO Putatan malam tadi.

PUTATAN – Seramai 500 pelatih asal Sabah bakal dihantar ke China bagi mengikuti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui tawaran diberikan kepada pelajar Malaysia tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 2,000 tempat disediakan di institut TVET di China pada tahun ini seperti diumumkan sebelumnya.

Katanya, Sabah memerlukan tenaga mahir dalam pelbagai bidang TVET terutamanya berasaskan teknologi tinggi.

“Ia bagi memenuhi keperluan industri dan kehendak pelabur yang datang ke negeri ini. Saya selaku Pengerusi TVET negara akan memastikan generasi muda Sabah diberikan latihan TVET supaya dapat memenuhi keperluan kerja berdasarkan teknologi tinggi dalam industri.

“Apa yang kita mahu Malaysia – China Institute (MCI) yang ditubuhkan pihak MARA menyamai German – Malaysia Institute (GMI) dimanfaatkan sepenuhnya dan saya diminta oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar TVET ke negara itu dengan diberi biasiswa.

“Saya akan pastikan 500 daripada jumlah itu datang dari Sabah dan ini saya akan selaraskan dengan rakan bahagian (UMNO) di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan UMNO Berkelompok peringkat negeri Sabah dan jamuan Aidilfitri UMNO Putatan malam tadi.

Yang turut hadir ialah Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin; Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan Ketua UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI