fbpx

11 universiti, kolej di Gaza hancur diserang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto AFP

PETALING JAYA – Selain menyasarkan penduduk Palestin di seluruh Gaza, tentera Israel turut memusnahkan sekurang-kurangnya 11 universiti dan kolej di sana dalam serangan dunia yang berlanjutan sejak 27 Oktober tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan antara institusi pendidikan yang telah hancur dibom tentera Zionis tersebut adalah Universiti Islam Gaza, Universiti Al-Azhar, Universiti Terbuka Al-Quds, Kolej Teknikal Palestin, Kolej Universiti Sains Gunaan dan Universiti Palestin.

“Selain itu, Universiti Al-Israa, Universiti Gaza, Universiti Al-Aqsa, Kolej Sains Gunaan dan Kolej Kejururawatan Palestin

“Pusat pengajian adalah antara medan atau platform yang dapat melahirkan anak-anak Gaza yang bijak pandai untuk mereka berbakti semula membebaskan tanah air mereka.

“Jika tiada pusat pengajian, bagaimanakah anak-anak Gaza ini akan melawan propaganda Zionis di mata dunia?,” soal Muhammad Nadir dalam perkongsiannya di kumpulan Telegram kelmarin.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sudah melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat lalu selama lebih enam bulan perang di antara dua negara itu, manakala 76,833 orang cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI