JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang isteri merobohkan rumahnya selepas mengetahui rumah tangganya hancur akibat orang ketiga, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Siti Fatimah yang berusia 38 tahun, nekad merobohkan rumahnya kerana sakit hati diceraikan oleh suami atas sebab kehadiran orang ketiga.
Menurut Siti, rumah berkenaan dibeli bersama bekas suaminya selepas menabung selama sembilan tahun, sejak 2015.
Namun, rumah tersebut telah diruntuhkan seiring dengan keruntuhan rumah tangga mereka.
Kejadian dilaporkan berlaku di Madiun kelmarin. – AGENSI