fbpx

[VIDEO] Allahyarham Tun Hanif legenda dalam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Hanif di kediaman arwah di Seksyen 13, Shah Alam. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar disifatkan sebagai legenda dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau sempat berkhidmat lebih 10 tahun dibawah kepimpinan Allahyarham bermula sebagai Inspektor sehingga Deputi Superintendan.

“Bapa saya dan saya pernah berkhidmat bawah Allahyarham ini. Banyak perkara yang baik telah disumbangan kepada PDRM dan juga kerajaan selama 20 tahun arwah berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara.

“Pada masa itu, dalam keadaan aman, kebajikan pegawai dan anggota memang terjaga. Pada saya, Allahyarham adalah seorang lagenda dalam kepimpinan PDRM dan berkhidmat kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menziarah jenazah Hanif di Seksyen 13 di sini hari ini.

Beliau difahamkan jenazah Allahyarham Tun Hanif akan dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan dan dikebumikan di Makam Pahlawan.

“Akan ada istiadat khas di sana (bagi penghormatan oleh pimpinan kerajaan, polis dan orang awam),” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Hanif meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi tadi di kediamannya di Seksyen 13 di sini pada usia 85 tahun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI