JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan usahawan cili dari Beji di wilayah Jawa Barat dikenali sebagai Purwokerto, mempunyai cara unik untuk memberikan cili hijau kepada penduduk setempat, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media, pembahagian itu dilakukan dengan cara dia melemparkan cili ke dalam sungai.
Turut dilihat penduduk tempatan berendam di dalam sungai itu sambil memegang bakul dan menunggu pemberian cili oleh Purwokerto.
Pembahagian tersebut disambut riang oleh penduduk tempatan terutamanya kaum ibu dengan masing-masing membawa pulang hampir 1 kilogram cili.
Kaedah pembahagian sedemikian dilakukan bagi mengelak cili berantakan dan dipijak serta kecederaan dalam kalangan penerima. – AGENSI