fbpx

Top 4 lagu raya milenium paling ‘melekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU raya nyanyian kumpulan Dolla, DeFam, Aisha Retno duet Aziz Harun dan Nabila Razali dikatakan menjadi siulan raya paling 'melekat' ketika ini.

BAGAIKAN sudah menjadi tradisi, selain ketupat, rendang dan puluhan baju raya, tidak lengkap Syawal tanpa laungan lagu raya berkumandang menggamatkan lagi suasana hari mulia.

Dendangan malar segar menggamit jutaan nostalgia, namun aura bunyi-bunyian lagu raya baharu juga tidak kurang hebatnya.

Dilatari irama segar dan ‘catchy’, disokong pula lirik yang dekat di hati tentu mudah memukau pendengar sehingga nada serta lenggok lagu tersebut melekat di kepala.

Disebabkan itu, Gala minggu ini menampilkan empat buah lagu yang menjadi siulan ramai pelbagai lapisan usia yang tular bukan sahaja dalam media sosial bahkan di luar negara.

Alamak Raya Lagi!

Alamak Raya lagi! alunan rancak kumpulan De Fam tidak kalah menyeberang tambak, bahkan ke persada antarabangsa.

Bayangkan, belum seminggu berpuasa, lagu raya tersebut sudahpun melekat dalam kepala bahkan audio lagu tersebut telah tular dalam TikTok.

Ternyata ‘formula’ lagu raya milik tiga gadis lincah itu berjaya menambat hati ramai sehingga tular termasuk di Indonesia, Singapura, India dan Jepun.

Buktinya, sejak dilancarkan sebulan lalu, lagu tersebut berjaya meraih hampir 17 juta tontotan dalam YouTube.

Kedengaran catchy disulam rentak rap yang membuatkan pendengar bergoyang bahu, Alamak Raya Lagi mengetengahkan genre pop dengan selitan elemen tradisional dan dangdut.

Raya Mana?

Tidak ketinggalan juga penyanyi Nabila Razali yang tampil menerusi lagu raya pertamanya berjudul Raya Mana?.
Lagu tersebut juga tular dalam media sosial barangkali dekat di jiwa pendengar terutamanya yang sudah berumah tangga dan pening kepala setiap kali untuk pulang beraya sama ada di kampung isteri atau suami.
Lagu ciptaan komposer dan penulis lirik, Ezra Kong itu juga menyentuh mengenai perasaan dan pengalaman umat Islam pulang ke kampung pada Aidilfitri.
Sehingga kini, muzik video lagu tersebut berjaya meraih lebih 4 juta tontonan hanya dalam masa tiga minggu. Luar biasa sungguh.

Ketipak Ketipung Raya

Siapa sangka lagu Aisha Retno lagu duet bersama Aziz Harun yang pada awalnya dicipta hanya suka-suka kini juga sudah ‘mendunia’ sehingga ke negara seberang, Indonesia.
Menariknya, kejayaan yang tak disangka tersebut jelas dilihat apabila beberapa selebriti papan atas seperti Luna Maya dan Dian Sastrowardoyo menggunakan audio lagu itu dalam video mereka khususnya dalam TikTok.
Kata pemilik nama penuh Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu, impak lagu tersebut cukup besar sehingga ada yang memanggilnya ‘kakak ketipak ketipung’ setiap kali bertemu setiap kali bertemu.
Sehingga kini, muzik video rasmi Ketipak Ketipung Raya meraih hampir empat juta tontonan sejak dimuat naik dalam YouTube tiga minggu lalu.

Raya Raya Raya

Meskipun lagu nyanyian kumpulan Dolla itu sudah dilancarkan sekitar dua tahun lalu, namun alunan muziknya yang mudah dinyanyikan bersama tetap menjadi pilihan pendengar sepanjang Syawal.

Menjadi permintaan di stesen-stesen radio selain audio sering digunakan khalayak dalam TikTok setiap kali Syawal menjelma, Raya Raya Raya kini mampu duduk sebaris dengan lagu raya lama yang tak dapat disangkal popularitinya.

Secara peribadi, lagu tersebut antara kegemaran penulis kerana terkandung kualiti sebuah karya raya kontemporari yang mudah melekat di halwa telinga.

Dari segi komposisi melodi, ‘produksi’ dan kepatuhan lagu berkenaan terhadap kotak kualiti sebuah lagu raya moden, memang menepati cita rasa umum.

Bahagian korus lagu ini adalah antara laungan korus lagu raya paling ‘catchy’ yang singgah di cuping telinga. Tidak pelik mengapa karya tersebut mendapat 24 juta tontonan dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI