fbpx

Sultan Sallehuddin berangkat ke majlis Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Kedah dan Keluarga Diraja di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri baginda dan keluarga diraja yang berlangsung di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Turut berangkat ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Norizan Khazali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Majlis sambutan Aidilfitri berkenaan bertambah meriah apabila dihadiri ramai barisan pegawai pentadbiran negeri termasuk bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tetamu juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha serta keluarga diraja lain sambil menikmati juadah khas Aidilfitri yang disediakan.

Turut diraikan adalah pegawai kanan yang berkhidmat di peringkat negeri dan Persekutuan serta pengamal media tempatan yang mewakili Kelab Media Elit Kedah (KMEK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI