fbpx

Remaja perempuan jadi mangsa rogol ditipu tawaran pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Terpedaya dengan tawaran pekerjaan ditawarkan peniaga, seorang remaja perempuan berdepan detik hitam apabila dirogol dalam kejadian di sebuah hotel di Taman Dagang, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, mangsa yang berusia 17 tahun mengatakan telah ditarik secara paksa oleh suspek masuk ke dalam hotel tersebut sekitar pukul 2 pagi.

Katanya, trauma dengan kejadian itu mangsa nekad untuk tampil membuat laporan polis.

“Mangsa memaklumkan telah dirogol sebanyak dua kali oleh suspek di hotel yang sama.

“Hasil siasatan mendapati, punca kejadian berlaku apabila mangsa dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan telah diajak untuk berjumpa dengan majikan. Namun suspek merogol mangsa tanpa kerelaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Nazruel memaklumkan pihaknya berjaya menangkap suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Ulu Langat, 17 April lalu.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine, dan Methamphetamine,” katanya.

Jelas beliau, reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula Khamis lalu sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI