fbpx

Perjuangan skuad B-23 kini berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi skuad B-23 negara menentang Vietnam pada aksi Kumpulan D di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi. - FAM

KUALA LUMPUR – Impian skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk ke Sukan Olimpik berkecai apabila tewas 0-2 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebenar tadi.

Ia adalah kekalahan kedua skuad kendalian Juan Torres Garrido selepas tunduk dengan jaringan sama kepada Uzbekistan pada perlawanan pertama.

Walaupun Vietnam lebih banyak menguasai permainan, skuad negara wajar mempelajari sesuatu daripada babak pertama terutamanya dalam aspek serangan selepas beberapa peluang terbaik yang dimiliki gagal disudahkan dengan baik.

Malaysia mempunyai lebih banyak gerakan merbahaya dan minit ke-22, tekanan yang dilakukan memaksa pertahanan Vietnam melakukan kesilapan namun Najmudin Akmal terlalu gopoh apabila sepakannya melambung tinggi.

Tuah lebih berpihak kepada Vietnam apabila memperoleh gol pendahuluan menerusi sepakan percuma Khuat Van Khang pada minit ke-39.

Minit ke-58,  Ubaidullah Shamsul Fazili yang memberikan sepakan percuma ketika gol pertama lawan sekali lagi melakukan kesilapan untuk menghadiahkan penalti kepada Vietnam dan Vo Hoang Minh tenang melakukan sepakan bagi memastikan gol kedua.

Aksi yang dipamerkan pada babak kedua jelas berbeza dengan 45 minit pertama apabila pemain negara dilihat sukar untuk menembusi benteng lawan malah Vietnam juga dilihat begitu berdisiplin melakukan tugasan bertahan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara layak ke Sukan Olimpik adalah pada edisi 1980. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI