fbpx

Nasib skuad B-23 ‘di kaki’ pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain negara perlu benar-benar bersedia untuk menentang Vietnam kerana hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang. - FB FAM

BARISAN pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara perlu tenang untuk hadapi tugasan ‘hidup mati’ pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia B-23 bertemu Vietnam di Stadium Antarabangsa Khalifa malam ini.

Bukan lagi masa untuk sekadar menimba pengalaman di pentas tertinggi, malah pengendali pasukan, Juan Torres Garrido kini sedang berada di ‘jalan mati’ dan ‘wajib’ menyediakan taktikal terbaik untuk mendapatkan tiga mata.

Bagaimanapun, Garrido akui dua elemen utama sedang ditingkatkan iaitu mengelak daripada melakukan kesilapan dalam kotak penalti sendiri dan tampil lebih kreatif setiap kali melakukan serangan.

“Kami kena ada peningkatan walaupun pertandingan ini tidak berikan masa yang panjang buat kami melakukan persiapan antara satu ke satu perlawanan. Sudah pasti perlawanan dengan Uzbekistan membantu kami untuk meningkat, namun kami perlu bekerja lebih keras dan kena lakukan serangan.

“Selepas ini kami akan menentang pasukan yang lebih bagus. Jadi, kami kena jelas dan tampil lebih baik untuk cuba memecah masuk ke kawasan pasukan lawan,” katanya.

Untuk rekod, skuad negara ketika ini dianggap tidak matang ketika melakukan tugasan bertahan kerana menghadiahkan empat sepakan penalti, tiga daripadanya berlaku dalam dua aksi persahabatan menentang Qatar dan China.

Skuad negara kini berada di tangga tercorot Kumpulan D dan kekalahan kepada Vietnam bakal menutup terus peluang untuk cuba mara ke peringkat kalah mati.

“Kami perlu terus bekerja untuk membaiki permainan untuk elak beri penalti kepada pasukan lawan kerana ia (penalti Uzbekistan) memberikan masalah kepada kami. Pastinya ia akan jadi hal yang perlu tingkatkan lagi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI