fbpx

MIDF tingkat aspek keselamatan selepas insiden serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MIDF mengambil serius atas insiden serangan siber yang berlaku baru-baru ini dan akan mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, privasi dan maklumat pelanggan.  

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya telah mengasingkan insiden tersebut dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya untuk meminimumkan impak potensinya termasuk mengumumkan kepada pelanggan yang terjejas.

“Sebagai tambahan, kami juga telah meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan untuk mengekang perkara seumpama itu berlaku lagi pada masa depan.

“Kami telah memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan kami sedang bekerjasama rapat dengan mereka tentang isu tersebut,” katanya. 

Apa yang penting kini, tiada sebarang gangguan utama berlaku kesan daripada kesan serangan tersebut.

“Kami terus kekal fokus dalam mengukuhkan rangka kerja keselamatan data, sistem polisi dan juga pemprosesannya.

“Kami menasihati agar para pelanggan kekal agar terus berwaspada dan melaksanakan usaha wajar dalam usaha melindungi maklumat peribadi.

“Sila berhati-hati apabila anda didekati dengan sumber yang tidak dikenali termasuk pautan komunikasi pancingan data yang mencurigakan.

“Keselamatan anda adalah keutamaan kami dan kami berterima kasih atas kesetiaan dan keyakinan anda kepada kami,” jelas MIDF. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI