fbpx

Keputusan kemelut kepimpinan PKR Sabah diputuskan dalam masa terdekat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) selepas mempengerusikan Perjumpaan Khas Majlis Pimpinan Negeri Sabah hari ini.

KOTA KINABALU – Belum terdapat sebarang keputusan mengenai kedudukan Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah (MPN), Datuk Sangkar Rakam yang dikaitkan dengan kemelut kepemimpinan dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

Perkara berkenaan dimaklumkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Perjumpaan Khas Majlis Pimpinan Negeri Sabah hari ini.

Anwar memaklumkan beliau bakal membuat keputusan mengenai perkara itu
selepas mengadakan rundingan bersana semua Ketua Cabang PKR di negeri Sabah dalam masa terdekat

“Ketua Cabang juga sudah memberi pandangan mengenai soal kepemimpinan. Namun keputusan tentang kedudukan Pengerusi MPN hanya dibuat selepas konsultasi di peringkat pusat.

“Bercakap mengenai pimpinan, mereka sudah beri pandangan pelbagai tentang kedudukan dan saya akan beri keputusan dalam masa singkat setelah berunding dengan Ketua-Ketua Cabang,” katanya.

Terdahulu, perjumpaan berkanaan turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Ketua Cabang PKR Kota Belud.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI