fbpx

Kamal, Uqasha tak berhenti senyum, bakal timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMAL dan Uqasha kelihatan sangat gembira saat mengetahui tentang jantina bayi sulung mereka.

PETALING JAYA – Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat pasangan terbabit menerusi majlis ‘gender reveal’ yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, hari ini.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, mengakui sememangnya mengimpikan memiliki anak perempuan kerana mahu melihat kebolehan Kamal menguruskan cahaya mata mereka nanti.

Kamal atau sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38 tidak kisah mengenai soal jantina anak asalkan zuriatnya itu sihat meskipun berharap anak sulung mereka adalah lelaki.

“Alhamdulillah, saya tak boleh berhenti senyum bila tahu jantina anak saya.

“Saya nak anak perempuan sebab nak tengok Kamal jaga anak perempuan itu macam mana,” katanya.

Turut sama terkejut, pasangan sama cantik sama padan itu memberitahu mereka juga baharu mengetahui jantina bayi berkenaan pada acara tersebut.

“Semua orang ingat kami sudah tahu, tapi sumpah kami tidak tahu dan sebab itu kami adakan majlis ini untuk kongsi bersama keluarga,” ujarnya.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI