fbpx

Jururawat ditemukan tertiarap tepi jalan dipercayai dipukul – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jururawat wanita lengkap beruniform ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi dipercayai dipukul. - Foto MEDIA SOSIAL

KUALA PILAH – Seorang jururawat wanita lengkap beruniform ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan simpang tiga Dangi, dekat Johol, di sini, malam tadi dipercayai dipukul.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang berusia 30-an ditemui tertiarap dengan kasut tertanggal di luar keretanya serta enjin masih hidup.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, berdasarkan laporan awal, mangsa mengalami luka pada kepala akibat dipukul.

“Pihak kami menerima laporan kira-kira pukul 11 malam yang memaklumkan orang awam menemui seorang jururawat wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai dirompak.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Syahrul Anuar lagi, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di HTAN menuju ke arah Dangi.

“Buat masa ini mangsa masih dirawat dan kami masih mendapatkan keterangan lanjut daripadanya mengenai kejadian sebenar.

“Berdasarkan keterangan awal, mangsa memaklumkan tidak dirompak sebaliknya hanya dipukul di bahagian kepala. Malah siasatan di lokasi juga mendapati tiada barang peribadi mangsa yang hilang,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI