fbpx

‘Jangan nak insya-Allah kalau memang tak mahu datang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA menyelar sikap segelintir individu yang mungkir janji untuk hadir ke majlis rumah terbuka.

PETALING JAYA – “Kalau tak mahu datang, cakap sahaja.”

Demikian ulas pelakon Elfira Loy mengenai sikap segelintir individu yang mungkir janji apabila tidak hadir ke majlis rumah terbuka pada musim perayaan sehingga menyebabkan kerugian pada tuan rumah.

Terpanggil mengulas isu berkenaa, Elfira, 30, berkata, sekiranya tidak dapat hadir, tetamu sepatutnya memaklumkan kepada tuan rumah dan bukannya memberi janji palsu.

“Saya rasa kita semua boleh mempraktikkan dengan beritahu tak dapat hadir sekiranya memang tidak mahu datang.

“Jangan nak ‘insya-Allah’ sangat kalau memang hati itu tak nak datang pun,” katanya dalam InstaStory.

TANGKAP layar perkongsian Elfira tentang isu individu tidak hadir ke majlis rumah terbuka selepas menabur janji.

Tambah pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu, perbelanjaan, usaha dan penat lelah yang dilakukan tuan rumah untuk meraikan tetamu rumah terbuka tidak seharusnya dipandang remeh.

“‘Effort’ okey nak sediakan sesuatu majlis.

“Selalu tuan rumah nak bagi yang terbaik tetapi jadi begini. Tak kira kos lagi,” katanya lagi.

Pelakon drama Qalesya itu berkongsi perkara tersebut selepas mengulang siar sebuah hantaran memaparkan kekecewaan seorang invidu yang kecewa kerana rakan-rakannya tidak muncul memenuhi undangan majlis rumah terbuka selepas berjanji untuk hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI