fbpx

Fajarbaru dianugerah kontrak RM13.33 juta daripada Malaysia Airports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) telah dianugerahkan kontrak bernilai RM13.33 juta daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) untuk projek menambah baik dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran di Terminal 1  Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Susulan itu, anak syarikat milik penuh Kumpulan, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB) telah menerima surat anugerah daripada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. untuk kontrak itu.

Kontrak tersebut akan membabitkan penambahbaikan dan menaik taraf sistem kejuruteraan kebakaran, berserta dengan kerja-kerja lain yang berkaitan, di Bangunan Satelit Sedia Ada, Terminal 1 KLIA.

Kontrak itu akan bermula pada 22 April 2024 dan dijadualkan siap pada 21 Mac 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Fajarbaru telah dianugerahkan kontrak daripada Malaysia Airports, salah satu kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia

“Pemerolehan kontrak ini menunjukkan kepakaran dan kredibiliti kami dalam industri pembinaan dan mengesahkan kedudukan kami sebagai rakan yang dipercayai dalam projek infrastruktur Utama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut beliau, kontrak ini juga menandakan lanjutan hubungan kerja yang cemerlang kami dengan Malaysia Airports, yang telah menghasilkan kerjasama dalam projek pembinaan dan infrastruktur penting sejak bertahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI