fbpx

Bau busuk rupanya berpunca mayat lelaki warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik selepas melakukan siasatan di lokasi mayat warga emas ditemui dekat Sungai Kampung Titi Tok Bandar, Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan semak dekat Sungai Kampung Titi Tok Bandar, di sini hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Che Man Che Pi, 62, dan tidak bekerja ditemui orang awam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

“Seorang lelaki memaklumkan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan semak di situ,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, menurut seorang penduduk kampung berhampiran yang enggan dikenali, mayat ditemui oleh seorang penunggang motosikal selepas terhidu bau busuk di kawasan tersebut.

“Selepas memeriksa kawasan semak di situ, dia terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan terlangkup. Laporan polis dibuat sejurus mayat ditemui,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa hanya berada bersebelahan jalan kampung di tepi Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, namun sedikit terlindung dengan semak samun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI