fbpx

8 nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tekong dan kru tiga bot nelayan Indonesia yang ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di di kedudukan lebih kurang 156 batu nautika Utara Tanjung Po., Khucing.

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menahan lapan nelayan Indonesia kerana menangkap ikan tanpa permit di perairan negara sekitar pukul 5.20 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, kesemua mereka yang menggunakan tiga bot itu dikesan KM TUN FATIMAH ketika rondaan operasi di kedudukan lebih kurang 156 batu nautika Utara Tanjung Po.

“Setelah merapat dan melakukan pemeriksaan, terdapat lapan kru termasuk tekong berada di atas ketiga-tiga bot tersebut dan kesemua mereka dalam lingkungan umur antara 22 hingga 62 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ketiga-tiga bot berkenaan tiada nombor pendaftaran dan berasal dari Indonesia, dengan kesemua kru bot tidak memiliki pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kru, bot dan hasil tangkapan ditahan serta diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan lanjut.

Katanya nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta.

Kamal berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI