JAKARTA – Dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Kedua-dua wanita tersebut merupakan warga Kota Mamuju di Sulbar dan mempunyai status sudah berkahwin.
Biasanya kebanyakan suami menikahi wanita lain tanpa izin isteri, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kejadian tersebut.
Kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.
“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin,” kata pegawai polis, H Muhtar.
“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan di balai polis, maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.
“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah yang lain tanpa izin suami,” kata Muhtar. – AGENSI